Pernah suatu ketika penulis bekerja sebagai pengedar katalog. Ramai dikalangan sahabat penulis yang kagum melihat kesungguhan mencari pendapatan untuk dibawa pulang ke Malaysia, tidak kurang juga yang memberi nasihat agar berhenti kerana kerja itu memenatkan dan tidak berbaloi.
Alhamdulillah, bagi penulis terlalu banyak nikmat yang Allah beri, walaupun tidak dalam bentuk zahir dan harta. Cukuplah pengalaman itu mengajar penulis beberapa perkara, memadailah pekerjaan itu mencerna satu perspektif baru terhadap alam dan seisinya, terutamanya manusia atau lebih mesra ditermakan sebagai masyarakat.

Ada suatu ketika sedang penulis mengedar katalog dari rumah ke rumah, yang jumlahnya menjangkau 400 buah, kepenatan penulis terubat seolah-olah hati ini terhibur, padahal diri penulis sudah bermandikan peluh dibawah terik mentari, lebih-lebih lagi ketika itu musim panas di Australia.
Ketika itu adalah, apabila penulis dilambai beberapa orang budak kecil berusia 4-5 tahun. Yang menyentak fikiran penulis adalah apabila gelagat mereka terhadap penulis seakan-akan penulis adalah seseorang yang dekat atau rapat dengan mereka. Mereka tampak gembira, senyum dan tertawa, bahkan menegur penulis dan mengucapkan selamat tinggal apabila penulis beredar dari rumahnya. Sungguh, perasaan itu indah sekali, dan ia menjadi antara kenangan manis sepanjang penulis bekerja.
(akan bersambung...)
aRifF.DaNiaL
No comments:
Post a Comment