Alhamdulillah, penulis masih lagi berkesempatan mencari sedikit pendapatan dengan bekerja sebagai penghantar pizza. Kalau mengikut kiraan, ini adalah kerja yang keempat setelah pengedar katalog, pemetik ceri dan 'cleaner' di wayang. Setakat ini, kerja sekarang agak menguntungkan dan tidak terlalu berat. Walaupun bekerja sehari seminggu, paling kurang masa penulis tidak dibazirkan begitu sahaja.
Adapun pekerjaan ini, agak banyak perkara yang penulis lalui dan beberapa pengajaran yang membuatkan penulis menitiskan air mata, tidak kurang juga pengalaman yang membuatkan penulis tersenyum sepanjang waktu bekerja. Ada ketika yang kelakar, ada juga saat yang menguji sabar. Ambillah dari celah yang mana, in shaa Allah ada ibrah yang Dia titipkan.

Dalam kehidupan manusia secara amnya, memang tidak akan selalu senang dan bahagia. Adakala kita bersedih, adakala kita bergelak tawa. Ada saat kita bersemangat, ada saat kita lemah dan berputus asa. Tidak kurang juga rasa penuh pengharapan dan optimis, ada juga buruk sangka dan pesimis.
Namun sekiranya kita melihat dari kaca mata yang benar dan penuh redha sebagai hamba Allah, kita tidak akan persoalkan walau sedikit pun. Tidak akan terdetik dihati persoalan kenapa ditimpakan ujian sebegini, kenapa tidak kita bahagia seperti orang lain, dan tidak adakah saat gembira yang Allah titipkan buat kita. Maka sedarlah bahawa, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, baik kita suka atau tidak. Firman Allah yang bermaksud:
"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya". (Al-Baqarah : 216)
(akan bersambung...)
aRifF.DaNiaL
No comments:
Post a Comment