Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Introduksi:
Sudah mencecah lebih usia 21 tahun tahun kehidupan penulis di dunia, sudah lebih 2 dekad penulis menikmati segala apa yang dikurnia, dalam lingkungan masa itu penulis sentiasa memikirkan bahawa Malaysia tercinta adalah Negara terbaik di pentas antarabangsa. Cukup sinonim dengan Negara membangun, Malaysia kini berada dalam arus kemajuan yang pesat dalam merealisasikan Wawasan 2020 yang dicanang bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohammad.
Bukan sekadar itu yang menyempurnakan kehidupan penulis sebagai rakyat Malaysia, kerana nikmat2 kejayaan dan keselesaan turut dikecapi atas dasar kedaulatan bangsa Melayu dan agama Islam sendiri, dan sudah tentu penulis berbangga kerana dilahirkan sebagai Melayu Muslim. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah dikalangan keturunan Ismail . Dia memilih Quraisy dari kalangan Kinanah , Dia memilih Bani Hashim dari kalangan Quraisy dan Dia memilihku dari kalangan Bani Hashim” . (Riwayat Imam Muslim)


Berdasarkan hadis di atas, kita dapat lihat bagaimana Rasulullah S.A.W. sendiri berbangga kerana bangsanya. Oleh itu tiada salah sekiranya dalam kehidupan kita, kita memperjuangkan kedaulatan dan kedudukan bangsa kita kerana kita mempunyai tanggungjawab dalam memelihara adat2 dan kebudayaan serta gaya hidup bangsa, kerana kesemuanya adalah sebahagian dari kita.
Namun, harus diperingatkan bahawa perjuangan ekstrem nasionalisme adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi jika kita bergelar Muslim, kerana perjuangan utama kita adalah menegakkan syiar dan syariat Islam di muka bumi, tidak kira bangsa, warna kulit, keturunan, dan kedudukan, kerana Islam itu untuk semua. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.” (Surah An-Nisa’:1)
Disini dapat dimaklumkan bahawa agama Islam itu ad-Deen pembawa rahmat kepada semua kalangan manusia, tidak kira latar belakang dan sosio budaya. Sekiranya kita mengikut penjelasan logik akal, kita semua adalah satu keluarga yang besar, dengan warna kulit, bangsa, dan gaya hidup yang membezakan, kita sebenarnya bagi orang Islam adalah berasal dan dari keturunan Nabi Adam A.S., manusia pertama yang diciptakan Ilahi dan diturunkan di atas muka bumi. Jadi tidak wajar sekiranya hari ini kita hidup dalam persengketaan yang menghuru-harakan, bersuara dalam perdebatan yang memisahkan, dan hidup bersendirian dengan bangsa sendiri tanpa perpaduan.
Namun, semua yang kita impikan tidak mudah dicapai, sesungguhnya yang bulat tidak semestinya datang bergolek dan yang pipih tidak semestinya datang melayang, kerana semua adalah takdir Tuhan, perancangan dan aturan kehidupan terletak ditangan yang Menciptakan. Siapa sangka, perpecahan yang berlaku kini, hebat dan semakin kuat menyengat perpaduan masyarakat Islam seantero dunia, gara-gara anasir barat yang cuba memecah-belahkan Muslim terutamanya sejak kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah dan Sistem Khalifah yang sudah sekian lama memastikan kesepakatan masyarakat Islam di setiap penjuru dunia. Hasil dari propaganda palsu Barat, gerakan nasionalisme diperhebat, bangsa sendiri menjadi pengakhiran matlamat, dan Islam tidak lagi dapat menyatukan umat.
Walaubagaimanapun, kewujudan Negara tidak membatasi komunikasi, perjuangan bangsa tidak meluput perjuangan Islami, dan perbezaan warna kulit dan latar belakang tidak mencetus revolusi peribadi, kerana kita yakin dan percaya, dalam perjuangan mengembalikan kedaulatan Islam, Dia tidak akan berganjak dan berundur dari memberi bantuan. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Wahai orang2 yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Surah Muhammad:7)
Setiap Negara yang mempunyai warganegara Muslim tidak kira bangsa mempunyai peranan masing2 dalam mengembalikan kedaulatan Islam yang pernah menguasai 2/3 dunia. Kini, di Malaysia, tanggungjawab kita Melayu Muslim terletak pada mengembalikan kedaulatan Islam dan memelihara kedudukan bangsa. Usah lagi terlena, kerana kehebatan Hang Tuah mungkin tidak akan dapat lagi bertakhta, usah terleka, kerana Kesultanan dan Sistem Beraja warisan Zaman Kesultanan Melayu Melaka mungkin tidak akan dapat lagi berdiri tanpa tidak tercela.
Namun perlu diperingat, bukan perjuangan kita mengetepikan bangsa lain yang beragama Islam, dan bukan juga agenda kita menjatuhkan bangsa lain yang bukan beragama Islam, kerana kita Melayu Muslim sedar kuasa dan tanggungjawab serta batasan kita dimana. Sabda Rasulullah saw dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abi Dawud rhm:
Namun perlu diperingat, bukan perjuangan kita mengetepikan bangsa lain yang beragama Islam, dan bukan juga agenda kita menjatuhkan bangsa lain yang bukan beragama Islam, kerana kita Melayu Muslim sedar kuasa dan tanggungjawab serta batasan kita dimana.
“Bukan dikalangan kami sesiapa yang menyeru kearah asabiyyah dan bukan dari kalangan kami sesiapa yang berjuang di atas dasar asabiyyah dan bukan dari kalangan kami sesiapa yang mati di atas dasar asabiyyah”.
Lalu sahabat bertanya, “Apakah Asabiyyah Ya Rasulallah?” Rasulullah saw menjawab:
“Engkau menolong kaum bangsamu di atas dasar kezaliman”. (Riwayat Abi Dawud)
(akan bersambung...)
aRifF.DaNiaL
aRifF.DaNiaL
No comments:
Post a Comment