Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
INTRODUKSI
Terdetik di fikiran penulis untuk berkongsi pendapat selanjutnya berkaitan suatu perkara yang pernah penulis bincangkan dalam entri sebelum ini di bawah tajuk “Perjuangan Sebenar di Bumi Malaysia”. Kali ini, penulis membawakan khas kepada pembaca sekalian berkenaan perkara tersebut atas dasar untuk memperjelas perihal sebenar yang menyelubunginya. Melihat kepada tajuk entri kali ini, fokus penulis akan tertumpu kepada konsep nasionalisme dan asobiyyah.
Mengapa harus perkara ini dibincang dan diperjelas? Hal ini kerana kedua-dua istilah ini berkait rapat dengan tujuan penciptaan kita di muka bumi untuk menjadi khalifah memakmurkannya, dan bukan sebaliknya. Kerana memandang berat matlamat ini, kedua-dua konsep yang seringkali menjadi isu perbahasan itu wajar untuk kita selongkar demi membongkar rahsia sebenar. Untuk apa? Tidak lain dan tidak bukan untuk mencari semula hala tuju perjuangan kita, terutamanya dalam konteks Negara kita Malaysia. Ramai yang beranggapan bahawa nasionalisme itu selari dengan tuntutan agama, namun ada juga yang berpendapat bahawa perjuangan bangsa itu tidak lain dan tidak bukan mengetepikan agama dari agenda dan gerak kerja perjuangannya. Di samping itu, bagi asobiyyah, ada yang berpendapat bahawa ia adalah semangat perkauman yang ekstrem, taksub dalam memperjuangkan hak-hak dan keperluan bangsa sendiri tanpa mengambil kira hak-hak dan keperluan bangsa lain. Dalam erti kata lain, asobiyyah boleh dikatakan sebagai perjuangan yang sama sekali tidak sejajar dengan tuntutan Islam yang menganjurkan perpaduan dan kesatuan dalam kalangan umatnya.
Jadi, apakah konsep dan maksud sebenar disebalik kedua-dua istilah yang seringkali disalahertikan itu?
(akan bersambung...)
No comments:
Post a Comment