Keseoranganku bertemankan komputer riba di ruangan peribadi...
Namun terasa seakan-akan tidak bersendiri...
Kerana jari-jemariku menjadi teman, menari-nari di atas papan kekunci...
Adakah sekadar itu mampu membuatkan aku berasa senang hati?...
Pada hakikatnya betapa dalam kesedihan melabuhkan sauh dilautan hati...
Tidak dapat lagi jiwa membendung hati yang terluka pedih...
Lantas kian mengecil dan memencil jauh apabila diri tidak lagi rasa dihargai...
Mengapa harus aku berperasaan sebegini?...
Sedangkan ku tahu Tuhan sentiasa menemani, walau dikala sunyi atau gelap malam tanpa mentari...
Jiwa kian lemah memikirkan kesalahan hakiki
mendambakan lebih kasih insani berbanding Ilahi...
Ampunkan aku hambaMu yang kerdil tanpa kudrat hati setabah Nabi...
Lantaran senyuman yang kian menghilang dari wajah yang sebelumnya tampak berseri...
Kini tangis air mata menanti mengalir di pipi, tidak lagi mahu diperhati atau di ambil peduli...
Meronta-ronta jiwa keseorangan tanpa teman disisi...
Semakin mendalam luka di dasar sanubari, mencengkam jiwa yang dahagakan kasih insani...
Dimana harus aku perolehi semula suasana girang yang menjadikan aku seorang yang periang?...
Kemana harus aku pergi untuk menghilangkan duka, mengelak tempias keraguan yang semakin menghakis kasih dan sayang?...
Hanya kepadaMu aku memohon untuk dikurniakan petunjuk dan kekuatan...
Agar tidak sia-sia perhubungan yang sekian lama terbina atas dasar kepercayaan dan saling memerlukan...
Masih aku perlukan kalian wahai teman, dan maafkan aku kerana prasangka yang kian memisahkan...
Mungkin masa kini aku perlu untuk bersendirian...
Kerana terlalu leka, hati semakin alpa dengan kehadiran Tuhan...
Maka izinkan aku mencari peluang dan ruang...
Hanya aku dan Dia, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

aRifF.DaNiaL
No comments:
Post a Comment