Deru ombak itu, semakin lantang
Manusia di persisiran berlari ketakutan
Diseru mencari ketinggian
Akhirnya terkorban dalam perjuangan
Sayu, tetapi hanya mampu melihat
Takut, hanya dinafi dengan kalimah keramat
Deru ombak itu, pun berlalu
Meninggalkan sisa-sisa yang kuat dipalu
Kembali pada tempatnya, tidak lagi kelihatan
Lantas manusia bertebaran
Menangisi kehilangan, meratapi kemusnahan
Tatkala itu timbul suatu pengharapan
Dalam kemusnahan, ada kesedaran yang terbina
Bukan zahir sahaja dipukul, iman pun terjaga dari
lesu yang lama
Inilah rahmat Cinta, inilah tragedi bermakna
Deru ombak itu, berbicara
Memecah kesunyian pantai, mengharmonikan suasana
Disaling bayu yang berbisik, merisik keberadaan
manusia
Segala puji bagi Allah, dunia berasa bahagia
Dosa dan noda dikejauhan, hanya amal dan pahala
menjadi rebutan
aRifF.DaNiaL
No comments:
Post a Comment